WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Cara Cepat 'Reset' Otak Bila Anda Terlalu Stress | S120

8 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 8 April 2026, iaitu hari Rabu, NADI Bengoh telah menganjurkan satu sesi pembelajaran bertajuk “Cara Cepat ‘Reset’ Otak Bila Anda Terlalu Stress” pada jam 3:00 petang secara dalam talian. Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan yang berminat untuk memahami cara mengurus tekanan dengan lebih berkesan.

Sesi ini memberi pendedahan tentang bagaimana otak bertindak balas ketika seseorang mengalami stres melampau, termasuk keadaan yang dikenali sebagai “amygdala hijack”, di mana emosi mengambil alih fungsi rasional. Keadaan ini menyebabkan peningkatan hormon stres seperti kortisol dan adrenalin, sekali gus memberi kesan kepada keupayaan berfikir dan keadaan fizikal badan.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan kepentingan ‘reset’ otak melalui kaedah yang betul bagi membantu menenangkan emosi dan mengembalikan fokus. Penekanan turut diberikan bahawa keadaan stres bukan tanda kelemahan, sebaliknya satu reaksi semula jadi tubuh yang perlu diurus dengan baik.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan mengamalkan teknik pengurusan stres dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali